RM0.00 0

Cart

No products in the cart.

Home > BLOG

Ladang Amirah & Nyoroil

Home > BLOG

Ladang Amirah & Nyoroil

ladang amirah malaysia

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua. Terima kasih kerana mengambil masa membaca sedikit coretan mokcik.

Syarikat mokcik ni namanya Ladang Amirah, diusahakan oleh mokcik dan pokcik. Kami menguruskan tanaman kelapa dan juga menternak biri-biri dan lembu. Senang cerita, mokcik dan pokcik ni petani dan penternaklah. Hehe..

Jadinya dari tanaman kelapa kami nilah mokcik dan pokcik hasilkan produk seperti Nyoroil iaitu minyak kelapa dara pandan dan yogurt dari kelapa. Antara sebab mokcik hasilkan Nyoroil ni sebab mokcik dari kecik obsess dengan barang yang original atau pure tanpa apa2 campuran jadinya kita hasilkan Nyoroil ni kita memang tak dicampur dengan minyak lain untuk dapat untung lebih ke. Memang 100% pure minyak kelapa dara yang kita berikan untuk customer kita.

Antara sebab jugak kita hasilkan Nyoroil ni adalah kerana, kita tahu dan banyak kajian tentang kebaikan Minyak Kelapa Dara di nusantara ni, jadi sayanglah kita biarkan pasaran minyak kelapa dara kita import dari negara seperti India, Sri Lanka dan Philippines yang kita tak pasti asal usulnya.

Ini sedikit cerita mokcik pasal company mokcik dan produk kami di Ladang Amirah. Nanti kebaikan Nyoroil mokcik kongsikan kat posting berikutnya! Terima kasih dan semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu.

Share artikel ini dengan kawan-kawan anda :)
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

    © Copyright 2025. All Rights Reserved.